Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007

Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-21 diadakan di Arena of Stars, Genting Highlands pada 30 Mac 2008.[1] Majlis ini dikendalikan oleh Fauziah Ahmad Daud dan Raja Azura sebagai pengacara. Secara keseluruhannya, terdapat 16 anugerah dipertandingkan. Kategori "Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat" menjadi ganti kepada tiga anugerah khas yang diberikan kepada tokoh seni veteran sebelum ini, iaitu "Anugerah Biduan Veteran", "Anugerah Seniwati Veteran" dan "Anugerah Khas Bintang Popular".Mawi terus menyerlah apabila merangkul gelaran "Bintang Paling Popular" untuk kali ketiga berturut-turut sejak tahun 2005. Beliau hanya meraih 119,268 undian keseluruhan, kurang jumlahnya berbanding dua tahun sebelumnya, iaitu 351,570 undi (2005) dan 261,555 undi (2006). Walau bagaimanapun, beliau berjaya membawa pulang kereta Peugeot 407 (2.0) bernilai RM 185,000 tajaan Nasim Sdn. Bhd. serta set barang kemas eksklusif daripada Habib Jewels Sdn. Bhd. bernilai RM 150,000 selain trofi.[2]Majlis ini juga turut melakar sejarah tersendiri dengan mencatat 4.5 juta penonton ketika disiarkan secara langsung selama dua jam setengah di TV3, iaitu mewakili 63.5 % daripada keseluruhan penonton, sekali gus mengatasi jumlah penonton tahun lalu seramai 4.41 juta orang.[3]

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007

Tarikh 30 Mac 2008
Penghargaan Pelakon, penyanyi, pengacara, juruhebah radio
Rangkaian TV3
Laman web rasmi abp.bharian.com.my
Dihasilkan oleh Leo Rauf
Bil. penonton 4.5 juta
Pengacara Raja Azura
Fauziah Ahmad Daud
Diarahkan oleh Leo Rauf
Lokasi Arena of Stars, Genting Highlands
Anugerah terbanyak Mawi (2)
Fara Fauzana (2)
Tempoh tayangan 2 jam ½
Negara Malaysia
Anugerah pertama 1987
Ganjaran Kereta Peugeot 407 (2.0)
Set barang kemas, tajaan Habib Jewels Sdn. Bhd.